254068276 196040972684708 1358988324322715868 n

Jemputan Menyertai Program Bengkel Pakej Pelancongan 2022 anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam

Kepada sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai program ini bagi mendapatkan pendedahan teknik dalam membuat pakej pelancongan yang baharu agar dapat mempromosikan Negeri Selangor Sebagai destinasi pelancongan

Program akan diadakan pada:

Tarikh : 25 & 26 November 2021 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Raja Sehari, Sabak Bernam
Penginapan : Tidak Disediakan
Yuran : RM 50.00 / Seorang
Peserta : Terhad kepada 40 Orang peserta*
Pautan Pendaftaran : shorturl.at/pvNW1

Syarat Penyertaan :
1) Lengkap 2 dos vaksin
2) Pemandu Pelancong
3) Pemilik Homestay
4) Persatuan Pelancongan
5) Pemain Industri Pelancongan

Peserta yang berminat boleh:
(1) mendaftar pada borang secara dalam talian seperti dalam pautan di atas.
(2) Buat bayaran dahulu sebelum mendaftar

Penting ‼️
Peserta yang telah melengkapkan borang pendaftaran akan dimasukan dalam Group Whatsapp kerana segala informasi akan di beritahu dalam group tersebut . Selepas membuat pembayaran dan tidak menghadiri program tersebut wang pendaftaran tidak akan di pulangkan.

Perhatian!
Sekiranya peserta tidak boleh membuat bayaran yuran penyertaan di kaunter MDSB, bayaran boleh dibuat secara dalam talian pada akaun seperti berikut:

Nama Bank : Bank Islam
Nama Akaun : Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam
Nombor Akaun : 12056010021352

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Mohammad Faizal bin Nawani melalui talian 0176180589 atau https://0176180589.wasap.my/ Dan Cik Siti Rozaika Binti Johari 0108028475 atau https://01110528475.wasap.my/

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)

 

Chalets dan inap desa terletak di Kampung Panchang Bedena Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor. Serambi abiumi adalah sebuah kompleks penginapan desa dan chalets penginapan keluarga. Binaannya berasaskan kayu dan bercirikan rumah traditional melayu. Serambi Abiumi menyediakan tempat penginapan selesa untuk keluarga dan mereka yang ingin berehat untuk menghadiri majlis perkahwinan atau mengikut rombongan pengantin, ziarah keluarga atau anak dan seumpamanya.

Jenis chalets :

Type A : Chalet sebuah dengan 1 bilik tidur,ruang tamu,ruang makan dan dapur. Dilengkapi set tv,peti sejuk dan penghawa dingin. Selesa untuk keluarga 5 -7 orang.

Type B : Chalet kembar berloteng dengan 3 ruang tidur,selesa untuk 10-12 orang. Dilengkapi set tv,peti sejuk dan penghawa dingin

 

Alamat : 

Lot 798A Jalan Teluk Intan-Kuala Selangor,Kampung Panchang Bedena,45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu operasi :

Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)

 

No. Telefon :

011- 23893868

 

(Sumber : https://central.menarikdi.com/2021/08/17/menarikdisabakbernam-chalets-serambi-abi-umi-sungai-besar/ )

jerami

Pasar Jerami berwajah baru... Boleh dah kita santai-santai sambil menikmati angin sawah padi..
Lokasi - Jalan Tali Air 14, Simpang Lima
 
 
 

245097475 4713944995311674 4127736533622364367 n

Jangan lupa untuk tebus Baucar Pelancongan #PusingSelangorDulu 2.0 melalui Pakej Kita Selangor 2.0 yang bernilai RM100 setiap satu di aplikasi e-dagang terkemuka Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini.

Tempoh penggunaan baucar bermula pada 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022. Lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua.Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://selangor.travel/baucar-pelancongan-negeri-selangor/

Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!

 

(Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS)

 

 

Laman Mazmida menawarkan pakej dewan majlis perkahwinan atau apa-apa juga majlis rasmi keramaian. Bangunan yang luas dan selesa serta menawarkan pakej-pakej set pelamin perkahwinan yang berpatutan. Menjadi pilihan pengunjung kerana di sini juga mesra pengguna dan mempunyai kemudahan-kemudahan seperti tandas, ruang penghawa dingin, ruang parkir yang luas dan sebagainya.

 

Alamat : 

Jalan Parit Cabang, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu operasi :

9.00am - 6.00pm 

 

No. Telefon :

019-336 1276

 

(Sumber :LAMAN Mazmida 2 Sungai Besar)