146118492 1358615181148007 8765859532810500263 o

LAPORAN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN BARANG KEPERLUAN SEHINGGA 1 FEBRUARI 2021

 

(Sumber : KPDNHEP Laman Rasmi)

Gerai ini terletak di dalam Pekan Sungai Besar bersebelahan dengan CIMB Bank. Jarak kilometer lebih kurang dalam 4km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Diusahakan oleh 2 orang anak muda yang baru berjinak dalam mengembangkan jenama Roti Kukus Klang Kaya Pandan di cawanga Sungai Besar. Menyediakan roti kukus yang gebu disertakan dengan homemade kaya pandan asli serta premium butter yang akan menggamit kenangan lama sewaktu kecil. Dijemput kepada semua untuk merasai sendiri kelembutan roti ini. 
 
Waktu operasi dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 7.30 pagi sehingga 7 petang.
 
 
 
 
 

Mini Nursery Tiara Salju ini diusahakan oleh Puan Ayu Laila Binti Ismail yang juga merupakan usahawan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Mini Nursery ini menampilkan pelbagai jenis-jenis pokok dan juga herba diantaranya Bayam Brazil, Rumput Siti Khadijah, Bunga Harum Sundal Malam dan lain-lain. Sistem hidropot juga disediakan sesuai untuk pelanggan yang berkerjaya dan tiada masa untuk menjaga pokok ataupun kepada yang tinggal di rumah flat atau sebagainya. Sistem hidropot ini cuma perlu kaedah yang senang iaitu isi tanah, baja dan air sahaja.

Kebanyakan tanaman pokok dari nursery ini adalah untuk tujuan rawatan kesihatan seperti rawatan kanser, buah pinggang, kencing manis, migrain dan sebagainya. Harga yang ditawarkan berpatutan mengikut harga pasaran.

Dahulunya operasi mini nursery ini diuruskan oleh Puan Ayu Laila di rumah beliau dan melalui penghantaran. Kini beliau telah membuka sebuah mini nursery baru yang bertapak di dalam kawasan Mydesastay Tebuk Haji Yusuf. Pelbagai lagi jenis bunga-bunga yang boleh didapati disini. Nursery ini seperti nursery di dalam taman. Pengunjung Mydesastay boleh mengunjungi nursery ini dan berswafoto sambil menikmati kecantikkan bunga-bunga disini. Operasi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang 

Lokasi di Dataran Tonggak 9 Stadium Sungai Besar. Menjual air manis yang sejuk sesuai untuk diminunm ketika cuaca panas. Beroperasi setiap hari bermula dari jam 11 pagi sehingga habis jualan air. Terdapat 3 jenis air iaitu Teh Ais, Coklat dan Honeydew. Ketiga-tiga ini amat digemari oleh pelanggan dan laku keras terutama golongan remaja dan kanak-kanak yang suka minuman manis. Airnya memang sedap dan pyor pekat. Harga pun berpatutan.

 

Best sellar Karipap Cheese di gerai warong Book N Bike Cafe, Tebuk Haji Yusuf kini boleh didapati di aplikasi e-dagang Shopee. Pengusaha gerai ini mengambil mengambil peluang untuk menjadi usahawan dalam talian untuk mengembangkan produk perniagaan beliau. Menerima permintaan ramai bukan sahaja di negeri Selangor malah di seluruh Malaysia setelah membuka kedai di dalam Shopee. Karipap Cheese yang dijual ialah Karipap Cheese Daging, Karipap Cheese Carbonara dan Karipap Keledek. Karipap yang dijual adalah jenis frozen. Bole didapati di Shopee id mini_7875