Mini Nursery Tiara Salju ini diusahakan oleh Puan Ayu Laila Binti Ismail yang juga merupakan usahawan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Mini Nursery ini menampilkan pelbagai jenis-jenis pokok dan juga herba diantaranya Bayam Brazil, Rumput Siti Khadijah, Bunga Harum Sundal Malam dan lain-lain. Sistem hidropot juga disediakan sesuai untuk pelanggan yang berkerjaya dan tiada masa untuk menjaga pokok ataupun kepada yang tinggal di rumah flat atau sebagainya. Sistem hidropot ini cuma perlu kaedah yang senang iaitu isi tanah, baja dan air sahaja.

Kebanyakan tanaman pokok dari nursery ini adalah untuk tujuan rawatan kesihatan seperti rawatan kanser, buah pinggang, kencing manis, migrain dan sebagainya. Harga yang ditawarkan berpatutan mengikut harga pasaran.

 

 

Tel:

017-286 8308

 

Alamat:

Komuniti Rumah Kayu Mydesastay, Tebuk Haji Yusuf, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat (9.00am - 6.00pm)

 

(sumber: https://www.facebook.com/MyDesaStay/)

 

Dekorasi Seni Kayu ini diusahakan oleh En Muhairi Bin Abd Manaf terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Beliau telah mula berjinak-jinak dalam perniagaan ini sejak tahun 2005 kerana meminati bidang seni ukir kayu ini sehingga kini.

Bermula dengan  ukiran  yang biasa kini beliau berbangga kerana berjaya menghasilkan pelbagai produk seni ukir kayu seperti Rak Kasut, Gazebo, Kayu penggantung Kunci, Astaka, Pintu Gerbang, Kerusi Malas dan lain-lain lagi. Ramai pelanggan beliau yang meminati dan menempah hasil kerja beliau kerana seni ukiran yang unik dan kemas. 

Harga yang ditawarkan adalah mampu milik mengikut saiz produk, jenis ukiran dan bahan yang digunakan. 

 

 

Tel:

013-7604920

 

Alamat:

Lot 5683, Jalan Tepi Sawah, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat (9.00 am - 6.00 pm)

 

(sumber: https://www.facebook.com/muhairi.senikayu )

 

 

nata coco1

 

Kilang ini merupakan produk keluaran bumiputra melayu yang berasal daripada Sungai Besar Selangor. Diuruskan oleh En. Masduki Bin Hj. Mohfot yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang akitek. Beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual nata de coco dengan modal RM25 bagi membeli nata mentah sebelum diproses dan ditambah perasa. 

Terdapat lima perisa nata de coco yang terdapat di pasaran iaitu laici, mangga, strawberi, anggur dan epal hijau, namun setiap kali cuti seperti cuti umum, syarikat itu akan mengeluarkan nata de coco edisi istimewanya, perisa nenas. Selain itu, Nandong Global Food Industries turut menjalankan kontrak pengilangan iaitu pengeluar barangan asal (OEM) nata de coco kepada sebuah syarikat lain yang memasarkan produknya menerusi jenama syarikat tersebut di pasar raya besar Giant, Tesco dan Econsave. Di Sabak Bernam, syarikat itu terlibat dengan program agro pelancongan di mana pelancong dibenarkan untuk melawat kilang nata de coco, sekali gus melihat produk itu dihasilkan.

 

 Doranis Homestay May10 160  DSC01699 IMG 0672 

 

HARGA:
 
 
Nata 1.5l RM4.00 / unit
Promotion 3 Jug = RM10.00 & RM20.00 / Kotak
(1 kotak = 6 jug)
 
 
TEL:
+603-32246394 / 017-3348483
 
 
EMAIL:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
ALAMAT:
LoT 9492, Jalan Besar Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
 
 
WAKTU OPERASI:
ISNIN - SABTU : 8.30am - 5.30pm

 

 (Sumber : http://nandongfoodindustry.blogspot.my/)