Gerai makanan yang menjual rangka ayam bakar madu, kepak madu, tongkeng, pedal, hati, kulit dan sosej bakar. Lokasi berdekatan dengan Pusat Internet Tebuk Haji yusuf lebih kurang dalam 2.5km sahaja di Lot 1010, Jalan Lama Sungai Limau (berdekatan Institut Memandu Asia). Harga yang berpatutan dan rasa yang enak membuatkan warga Sungai Besar sering datang berkunjung untuk santapan petang. 

Dengan perkembangan teknologi dihujung jari, Rangka Bakar Sungai Besar boleh didapati di aplikasi Food Panda bagi mereka yang tidak mahu keluar rumah. Waktu operasi Isnin hingga Jumaat jam 2.00 pm hingga 9 malam.

(Sumber : https://www.facebook.com/rangkabakar/)