438029660 853850056788972 8925229092292164534 n

 

Lindungi diri dan keluarga anda dengan melupuskan e-waste menggunakan cara yang betul dan bertanggungjawab.

Bersama kita dapat mengurangkan bahan berbahaya demi masa depan yang lebih sihat.

 

(Sumber : KITAR)

 

451580650 1034716928020170 3946997564086425014 n

Buli siber boleh menyebabkan tekanan emosi dan mental yang serius. Marilah kita bersama-sama memupuk sikap saling menghormati dan menghentikan buli siber. Jadilah pengguna Internet yang bertanggungjawab dan positif.

Bergerak ke hadapan, MCMC akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses orang ramai membuat aduan buli siber.

 

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

 

437074520 736701121967454 7686228808099059225 n

Tahukah anda? Kitar semula E-waste secara tidak formal boleh menjejaskan alam sekitar dan menyebabkan kesan kesihatan yang buruk kepada manusia. Jom semua kumpulkan E-Waste anda yang ada dan hantar ke pusat pengumpulan berdaftar. Muat turun aplikasi MyEwaste untuk mengetahui senarai pusat pengumpulan E-waste berdaftar yang berdekatan dengan tempat anda. Pastikan E-Waste anda dihantar ke tempat yang betul demi menjaga kelestarian alam kita.

 

(Sumber : Jabatan Alam Sekitar)

 

448724045 857036306459670 3666364899443812655 n

Pastikan anda baca & fahami terma dan syarat sebelum bersetuju. Penting untuk baca terma dan syarat sebelum turunkan tanda tangan. Tak salah pun kalau bertanya banyak soalan tentang hal yang kita tak faham dalam terma dan syarat. Data peribadi anda adalah hak anda

 

(Sumber : Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia)

 

435185513 824719879690017 8948512001698301551 n

Musim perayaan sudah hampir tiba, orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama-sama keluarga tersayang. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup bagi mengelakkan gejala 'microsleep'. 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗱𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂. Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)