329184431 3358448861045719 2065095054025630767 n

Peringatan Tips Keselamatan Memandu Ketika Hujan. Amalkan tips-tips berikut semasa memandu ketika hujan.

 

(Sumber : Lebuhraya Pantai Timur)

 

325796639 1861161450918298 6824603949266698629 n

Individu yang terlibat dengan penipuan siber diminta hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 supaya tindakan selanjutnya boleh dilakukan.

 

(Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia)

 

317290114 488083893416852 5043566183106733573 n

Pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.

Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam - Setiap hari).

Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-

1. No. telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.

2. Masa dan tarikh panggilan diterima.

3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.

4. Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.

Mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.

NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.

Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer.

 

(Sumber : Malaysia Government Call Centre)

 

325468911 4398999270319490 8116954178159449767 n

Pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 301 kes (13.6%).

Satu kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 2/ 2023.

Layari laman sesawang https://idengue.mysa.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan informasi terkini berkenaan denggi.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

312582980 497208562441152 7819925451614327707 n

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik ini.

Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)