Musim hujan yang berselang-seli dengan cuaca panas merupakan keadaan yang ideal bagi nyamuk Aedes berkembang biak. Bersama-sama hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah dan kejiranan kita.
Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.
MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.
Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Mala\ysia.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Tetap amalkan norma-norma baharu seperti yang dinasihatkan oleh KKM walau di mana kita berada termasuklah ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)