Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk membenarkan operasi premis perniagaan ke jam 2.00 pagi.
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini. Selain itu, kerajaan juga akan memantau restoran dan kedai makan di seluruh negara. Dan, bagi sesiapa yang didapati tidak mematuhi SOP, mereka akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Manakala, jika terdapat pengusaha dan pelanggan melanggar SOP, tindakan menutup restoran yang terbabit akan diambil.
(Sumber : https://www.xtra.com.my )
#PKPB: Individu diarah patah balik kerana cuba rentas negeri akan dikenakan kompaun mulai hari ini - Ismail Sabri
#PKPB
#COVID19
#PatuhPKPB
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#DudukRumah
#StayHome
(Sumber : BERNAMA)
Patuhi PKPB demi kebaikan bersama. Tugas mencegah COVID19 adalah tanggungjawab kita bersama.
#COVID19
#DudukRumah
#JagaKebersihan
#MCMC
#PerintahKawalanPergerakanBersyarat
#StaySafeAtHome
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi pada hari perayaan.
Tegasnya, PDRM dan ATM telah bersetuju untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP terus dipatuhi.