163664289 1600755410114245 2034990610945812297 o

Program yang sangat sesuai bagi usahawan permulaan iaitu Kursus Asas Keusahawanan (KAK). Kalau anda join KAK, anda dapat mempelajari asas perniagaan serta gambaran awal keseluruhan bisnes anda nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini pada:
1. Tarikh: 30-31 Mac 2021
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2106

 

(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)

161989597 3935013906582572 3060882921609207882 o

Borang permohonan boleh didapati mulai 18 MAC 2021 (KHAMIS) di kaunter Jabatan Pelesenan. Seorang pemohon dibenar untuk satu tapak sahaja.

📄 PENGEMBALIAN BORANG, BAYARAN CAGARAN & FI PERMIT

▫️Borang permohonan hendaklah dikembalikan TIDAK LEWAT PADA 31 MAC 2021 (RABU), bersama wang CAGARAN pematuhan syarat:

i. RM1,000.00 (khemah besar 20' X 20');
ii. RM300.00 (khemah kecil 10' X 10').

🎫 FI PERMIT:

A. 20' X 20' - i. Standard : RM2,500.00
ii. Deluxe : RM3,000.00
iii. Premium : RM3,500.00

B. 10' X 10' - i. Standard : RM625.00
ii. Deluxe : RM750.00
iii. Premium : RM875.00

MAKLUMAN PENTING

(i). Sila hadir ke DEWAN SERI BERNAM pada RABU 7 APRIL 2021 jam 9:30 pagi untuk PENENTUAN PETAK;

(ii). Penentuan tapak dibuat secara CABUTAN NAMA dan diikuti CABUTAN NOMBOR PETAK;

(iii). Bayaran fi permit tapak HENDAKLAH DIJELASKAN pada hari yang sama nombor petak diperolehi;

(iv). Permohonan pengembalian cagaran boleh dibuat pada hari yang sama untuk pemohon yang gagal mendapat tapak niaga.

SILA PATUHI SOP MKN BERKAITAN PENGAWALAN PANDEMIK COVID19:
▫️Penjarakan fizikal
▫️Pemakaian pelitup hidung & mulut
▫️Sanitasi anggota badan & peralatan
▫️Pendaftaran pelanggan melalui aplikasi MySejahtera.

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam )

 

Planet Safari Pet Store telah mula beroperasi bertempat di Komuniti Rumah Kayu Mydesastay Sungai Besar pada 14 Februari 2020. Disini ada menjual pelbagai haiwan peliharaan dan keperluan seperti makanan, vitamin dan aksesori. Kepada pelanggan yang meminati haiwan eksotik, disini juga terdapat pelbagai jenis haiwan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perhilitan.

 
Alamat :
Laman Komuniti Rumak Kayu Mydesastay, Tebuk Haji Yusuf, 45300 Sungai Besar, Selangor
 
No.Telefon :
014-525 1460
 
Waktu operasi :
10am - 5pm (Isnin - Sabtu)
 
 

 

Sambal Tahun Wong Jowo Homemade ini diusahakan oleh Puan Nor Nazira Kamaruddin di lokasi Kg Sungai Limau. Menjadi kepakaran beliau dalam bidang masakan dan ingin mencuba menambah pendapatan beliau dengan menjual menu sambal tahun yang pelbagai seperti Sambal Tahun Kulit, Paru dan Ayam. Masakan ini sangat digemari oleh masyarakat Jawa. Tempahan boleh dilakukan melalui talian aplikasi Whatsapp dan akan dihantar ke lokasi pelanggan. Harga juga sangat berpatutan dengan hanya RM 7 sebekas.

 

No. Telefon :

 http://www.wasap.my/60127517884/SambalTahunWongJowo

 

(Sumber : Ziera Azman)

 

 

141532865 253137359662600 3664680293055694068 o

Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk berbelanja dan menyokong usahawan tempatan. Belilah produk-produk usahawan tempatan dan gunakanlah perkhidmatan usahawan tempatan.

Kalau mereka lebih mahal, anggap belanja lebihan itu sebagai sedekah. Inilah masa untuk kita bangkit membantu usahawan tempatan.

 

(Sumber : ADFIM )