Perlu bantuan dan konsultasi perniagaan?
Platform e-BizClinic adalah merupakan inisiatif untuk membantu usahawan mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan atas talian dan ia kini boleh dibuat melalui laman sesawang khas!
Sila ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada BisKaunselor INSKEN:
1. Layari www.e-bizclinic.com
2. Daftar akaun
3. Log in untuk lengkapkan permohonan sesi konsultasi
4. Anda akan dipadankan dengan BisKaunselor dan terima e-mel pemakluman
5. BisKaunselor akan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh, masa serta platform yang akan digunakan untuk sesi konsultasi. Maklumat ini juga dipaparkan dalam sistem dan e-mel pengesahan.
6. Sesi konsultasi bersama BisKaunselor
7. Log in semula untuk memberi penilaian mengenai sesi konsultasi tersebut
Daftar sekarang dan dapatkan konsultasi percuma secara atas talian di www.e-bizclinic.com
(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)
http://tebukhjyusuf.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?start=110#sigFreeId7fe2392566
Produk keluaran baru dari Eng's Popcorn yang diusahakan oleh agen dari Sungai Besar dan juga merupakan ahli dan usahawan PIK Tebuk Haji Yusuf. Rasa yang enak dan manis juga disaluti dengan warna merah seperti buah strawberry. Tempahan boleh dibuat kepada agen melalui aplikasi Whatsapp dan akan dihantar ke alamat yang dikehendaki.
No.Telefon :
www.wasap.my/601133481338 (amin)
Nak tak kalau korang tekan-tekan WhatsApp, tau-tau maklumat atau promotion pasal bisnes korang terus sampai dekat semua prospek pelanggan? Semua tau, bukan 1, bukan 2 tetapi semua!
Lagi berfaedah dari korang tekan-tekan WhatsApp tapi duduk membawang. Eh?
Atau kalau korang jadi customer, seller lambat reply korang sakit hati tak? Dah la tengah membuak-buak nak beli barang tapi WhatsApp tak berjawab. Hmm potong......
Seller, korang kena tahu teknik nak reply WhatsApp dengan cepat supaya customer tu tak lari. Semua ni kita akan belajar melalui program ini. Tapi bukan ini sahaja, ada banyak lagi kegunaan WhatsApp ni kita akan explore khusus untuk bisnes korang.
Sertai program Pemasaran Media Sosial - Teknik Pemasaran Whatsapp bagi level permulaan yang akan diadakan pada 20-21 April 2021.
Daftar sekarang di www.rebrand.ly/WhatsApp201_Online2102
(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)
http://tebukhjyusuf.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?start=110#sigFreeId22b1fb1b98
Istimewa sempena bulan puasa tahun 2021 ini, menu nasi arab dan pelbagai lagi diperkenalkan untuk komuniti Sungai Besar dan kawasan yang berhampiran. Terletak berhadapan Masjid Hashimiah Sungai Limau. Tempahan melalui aplikasi Whatspp juga disediakan. Menu untuk berbuka puasa bersama keluarga yang sesuai dan enak. Bukan hanya Nasi Arab sahaja terdapat pelbagai lagi menu ang menarik seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Ikan Bakar, Nasi Arab Kambing dan juga Ayam Pasu.
No. Telefon :
Alamat :
Berhadapan Masjid Hashimiah, Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
(Sumber : Abu Ali )
Adakah ciri-ciri keusahawanan adalah salah satu faktor untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya?
Tapi apakah ciri-ciri tersebut?
Jom kita kenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri anda dengan mengambil Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) secara percuma.
Anda seorang usahawan? Atau anda ingin jadi usahawan?
Ya, kedua-duanya boleh menduduki ujian ini.
Nak buat apa dengan keputusan ini nanti?
Apabila graf dan skor telah dijana, anda boleh membuat penambahbaikan yang bersesuaian bagi memantapkan bisnes anda.
Selain itu, melalui keputusan itu nanti bolehlah buat perbandingan skor anda dengan usahawan yang telah berjaya di peringkat tempatan dan juga global.
Kiranya, nak capai tahap sama macam usahawan berjaya tu, apa lagi yang anda kena improve?
Layari www.mynept.com
(Sumber : Institut Keusahawanan Negara )