161992421 3783792508379327 8684268231773149466 n

Kerajaan Negeri menawarkan bantuan kewangan secara one-off untuk mana-mana institusi pendidikan anak istimewa yang berdaftar bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat/Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Selangor.

Dikendalikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), inisiatif ini menyediakan peluang kepada institusi pendidikan anak istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan pusat tersebut serta melaksanakan program dengan lebih berkesan dan sistematik.

 

(Sumber : YAWAS)

161365273 4070151616357685 3401451834251925963 n

Gambar anak TAWAS yang paling banyak LIKES berserta dengan caption yang paling menarik dan kreatif akan menerima hadiah Istimewa daripada SiManja & SiManis. Macam mana nak join contest ni? Likes terbanyak dan Caption paling menarik bakal memenangi hadiah yang sangattt menarik daripada SiManja & SiManis.

 

(Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS)

158280339 4038094876230026 2541534574212492582 n

YAWAS mempelawa kaum wanita yang berkelayakan untuk menyertai Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) bagi tahun 2021.

Permohonan akan dibuka bermula pada 10 Mac hingga 18 Mac 2021. Borang boleh dimuat turun di laman sesawang http://kipk.yawas.my

 

(Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS)

 

161775841 4016530208385611 7696255865241585062 o

Permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2021/2022 telah dibuka dari 15 Mac hingga 15 April 2021.

Sila layari matrikulasi.moe.gov.my/ untuk permohonan secara dalam talian dan sila imbas kod QR bagi syarat-syarat permohonan.

 

(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )

155099375 4020143714691809 3099045992546057601 o

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 (𝐇𝐏𝐈𝐏𝐓) 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak - anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon yang layak untuk memohon merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

 

(Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS )