273000329 4840163919404391 8310448192967985351 n

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

📌 Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
📌 Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
📌 Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

 

(Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) )

272336726 4800254690061981 2141073625427021210 n

Kini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan membuat pengeluaran KWSP dan nikmati diskaun sehingga 15%.

KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.

Anda boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda.

Maklumat lanjut:

www.ptptn.gov.my (Live Chat)
https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn (Eksekutif Pemasaran)
https://eaduan.ptptn.gov.my/ (e-Aduan)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (Media Sosial)

 

(Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

271609604 2119186508237303 7854067810097798791 n

Dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran secara FIZIKAL di institusi pendidikan yang selamat, ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting.

Pematuhan norma baharu dan pembudayaan hidup sihat amat penting bagi meningkatkan daya ketahanan badan (imuniti). Memerangi penularan virus COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama.

Selamat kembali ke sekolah.

 

(SUmber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)