449820057 903344985169280 4563312310077302575 n

Panggilan buat pelajar Tingkatan 4, 5 & 6 serta lepasan sekolah terutamanya buat anak-anak asnaf. Temui kami di KARNIVAL PENDIDIKAN anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di lokasi:

TEMPAT : POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM
TARIKH : 9, 10 & 11 Julai 2024
MASA : 8.00 AM - 2.00 PM

Pihak Zakat Selangor akan buka booth untuk berkongsi dengan para pelajar mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) serta memberikan pendedahan pendidikan kepada para pelajar demi mengejar masa depan yang lebih cerah.

 

(Sumber : Lembaga Zakat Selangor)

 

449677870 882604960561280 8109487609043070699 n

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan sesi 2024/2024 mulai 5 Julai 2024 pada jam 3:00 petang.

Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my. Untuk sebarang soalan sila layari laman sesawang di ruangan Pendidikan> Lepasan Menengah> Matrikulasi> Soalan Lazim Matrikulasi.

 

(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia)

 

409061109 950341556448130 7703218276135433646 n

Program ‘AI Untuk Rakyat’ merupakan program pembelajaran secara dalam talian selama 4 jam bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap teknologi AI. Ayuh sertai Ai untuk Rakyat di pautan www.ai.gov.my sekarang.

 

(Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia)

 

ipiccy image 2

 

Setiap kelas STEM dan IOT adalah berbeza mengikut NADI setempat. Komuniti boleh menghubungi NADI berdekatan anda untuk mengetahui kelas-kelas tersebut.

 

(Sumber : NADi Malaysia)

 

444502390 851248203713996 3349885031701797954 n

Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) & Kolej MARA (KM) bagi Program Diploma, Intensif Bahasa Inggeris Sesi 2 2024/2025 dan Asasi MARA Sesi 2 2024 dibuka bermula 27 Mei hingga 30 Jun 2024.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://hi-edu.my/

Follow Telegram MARA >> https://t.me/majlisamanahrakyat

 

(Sumber : MAJLIS AMANAH RAKYAT)