Pasar Jerami yang terkenal dengan pemandangan dan lokasi santai menarik yang terletak di Jalan Terusan Utama Sungai Besar kini telahpun berwajah baharu dan di lokasi yang baru terletak berdekatan dengan lokasi lama Pasar Jerami. Terletak hanya beberapa minit dari lokasi lama, Pasar Jerami kini menampilkan suasana dan landskap yang sedikit berbeza.Hampir 50 peniaga yang berdaftar dan berniaga di Pasar ini. Jemput hadir beramai-ramai ke Pasar Jerami dan nikmati kehijauan sawah padi dan suasana kampung yang menggamit memori.

 

Alamat : Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi : Setiap Hari

 

(Sumber : https://central.menarikdi.com/2022/08/20/menarikdisabakbernam-pasar-jerami/)