Mula dibuka pada 12/11/2021, Hentian Puding berjaya menarik perhatian ramai penggemar makanan untuk mencuba dan merasai pelbagai makanan yang dijual di sini. Hentian Puding yang terletak di RnR Sungai Besar ini menyajikan pelbagai makanan yang berkonsepkan makanan ringan dan makanan berat.
Tempat ini menyediakan pelbagai gerai untuk dipilih mengikut citarasa dengan mengamalkan konsep layan diri dengan memilih sendiri makanan di gerai pilihan. Antara makanan yang ditawarkan di sini termasuklah makanan ringan seperti kuih pau, ramen dan ayam goreng. Terdapat juga makanan berat seperti nasi goreng udang, char kuey tiaw, chicken chop dan sebagainya. Anda juga boleh melegakan tekak anda dengan air buah segar yang turut dijual di sini dengan harga yang murah.

 

Alamat :

Pusat Khidmat Penyelaras Parlimen Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No. Telefon :

017 – 7131734

 

Waktu Operasi :

3.00 Petang – 10.00 Malam (Setiap Hari)

 

(Sumber : https://central.menarikdi.com/2021/12/24/menarikdisabakbernam-hentian-puding/?fbclid=IwAR1t6h6e0Gvxow8wbiHY5z6b9qbiEjOchol_Be8bVtIE90g5PRkft-m9KWw)