http://tebukhjyusuf.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/1257-mamawe-cafe-sungai-besar#sigFreeIde22df687bd
Ditubuhkan pada tahun 2011 bermula dari Sekinchan sehingga membuka cawangan di Sungai Besar dan Kuala Selangor. Diasaskan oleh 3 beradik dimana ketiga-tiga mereka adalah surirumah. Ilmu masakan dan resepi daripada ibu mereka yang mereka gelarkan 'Mama' menjadi inspirasi kepada nama kedai Mamawe.
Menu di cafe ini lebih kepada menu asian western seperti Chicken Chop, Chicken Chop Ramen, Mee Udang, Nasi Goreng Sausage, Cantonese Yee Mee, Laksa, Pan Mee Sup dan pelbagai lagi jenis menu makanan yang menarik. Berkonsepkan family setting, cafe ini menjadi pilihan warga di sini kerana keselesaan dan harga yang berpatutan. Lokasi yang strategik terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Besar berhampiran dengan kedai-kedai perniagaan yang lain.
Alamat :
1-13, Jalan Sbbc 9, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi :
Setiap hari (10am - 11.30pm)
No. Telefon :
03 - 32248825
(Sumber : MaMawe )