Lokasi gerai Pisang Cheese Caramel ini di tepi Stadium Sungai Besar kira-kira dalam 1.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Disini terdapat pelbagai lagi jualan-jualan gerai dan gerai ini menjadi tumpuan bagi penggemar pisang goreng bercheese. Kuantiti yang berpatutan dengan harga, pembungkusan yang kemas dan rasa pelbagai perisa yang enak menjadi pilihan pelanggan untuk menikmati pisang goreng disini. Antara perisa topping adalah cheese caramel, buttermilk cheese, coklat cheese, oreo cheese, milo cheese dan lain-lain
Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 11.00 pagi sehingga habis jualan. Jika habis cepat maka awal lah tutup gerai.
http://tebukhjyusuf.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/1241-pisang-cheese-caramel-stadium-sungai-besar#sigFreeId7695e9d376