Lokasi Mek Tie Nasi Kukus di tepi Stadium Sungai Besar kira-kira dalam 1.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Disini terdapat pelbagai lagi jualan-jualan gerai dan gerai ini menjadi tumpuan bagi penggemar nasi kukus. Untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19, gerai ini tidak menyediakan tempat untuk makan hanya untuk bungkus sahaja. Kuantiti yang berpatutan dengan harga, pembungkusan yang kemas dan rasa ayam goreng yang enak menjadi pilihan pelanggan untuk menikmati nasi kukus disini.
Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 11.00 pagi sehingga habis jualan. Jika habis cepat maka awal lah tutup gerai. Mek Tie Nasi Kukus juga boleh didapati melalui aplikasi Food Panda
http://tebukhjyusuf.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/1227-mek-tie-nasi-kukus-sungai-besar#sigFreeIdd2006d049d
(Sumber : Mek Tie Nasi Kukus)