117738972 3402157199822918 6462697407683043779 o

PEMAKLUMAN PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT MUET SESI 2 TAHUN 2020

Layari apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register

 
 

image

Murid digalakkan untuk membawa makanan sendiri ke sekolah bagi mengekalkan penjarakan sosial susulan pembukaan semula sekolah bermula 15 Julai lalu. Pengoperasian kantin, mesti ada penjarakan sosial dan makanan perlu dibungkus

 

(sumber : https://www.gpsbestari.com/berita-kpm/murid-digalakkan-bawa-bekal-ke-sekolah )

115926303 279733730142467 3433566240317730611 n

Sekitar hari pertama persekolahan murid tahun 1 hingga 4 selepas hampir empat bulan para pelajar tidak menjejakkan kaki ke sekolah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat ancaman pandemik COVID-19 pada Mac lepas.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA MURID- MURID TAHUN 1 - 4

 

115984718 3354313917940580 2787449400889147931 o

Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.

• Kurang Upaya Pendengaran
• Kurang Upaya Penglihatan
• Kurang Upaya Pertuturan
• Kurang Upaya Fizikal
• Masalah Pembelajaran
• Pelbagai (Multiple Disabilities)

Justeru dalam konteks pendidikan khas, dihuraikan beberapa kategori MBK sebagai panduan untuk masyarakat lebih mengenali rupa bentuk fizikal, memahami tingkah laku dan mengetahui keperluan mereka.

(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )