Tarikh : 18 Februari 2018
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas ini disertai seramai 10 orang peserta usahawan kecil. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan-usahawan yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan tentang asas memulakan perniagaan secara online

 

Aktiviti 
    1. Dalam kelas ini usahawan diberi penerangan asas mengenai konsep perniagaan dan juga penerangan berkaitan dengan keselamatan membuat perniagaan di dalam talian. Usahawan juga diajar cara untuk membuat page di laman web facebook dan juga diajar cara untuk merekacipta logo perniagaan masing-masing untuk dipaparkan ke dalam laman wen facebook tersebut.

Gambar Disini

 

Tarikh : 15 Februari 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Kelas ini disertai seramai 5 orang peserta daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam membuat ulangkaji mata pelajaran. Pelajar juga digalakkan menggunakan masa yang terluang serta kemudahan yang selesa di PI1M untuk mengulangkaji pelajaran

 

Aktiviti 
    1. Pelajar membuat latihan secara berkumpulan. Menggunakan pencarian di internet untuk menkaji atau mencari jawapan pada soalan-soalan yang telah diberikan

Gambar Disini

 

Tarikh : 4 Februari 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta dewasa. Tujuan kelas ini adalah untuk menguji kemahiran menaip dengan pantas menggunakan keyboard dan juga untuk memperbaiki kemahiran menaip para peserta.

 

Aktiviti 
    1. Para peserta dikehendaki menggunakan laman web menaip pantas dan diberikan masa selama 1 minit untuk menaip perkataaan-perkataan yang diberikan. Aktiviti ini diulangi berulangkali sehingga peserta berpuas hati mendapat kelajuan menaip yang diinginkan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 10 Februari 2018
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 9 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 9 orang peserta daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar membuat poster secara online untuk mempertingkatkan kemahiran dalam mereka cipta poster melalui internet. 

 

Aktiviti 
    1. Pelajar diajar menggunakan laman web poster online dan belajar menggunakan format dan tema yang tersedia ada mengikut arahan yang diberikan

Gambar Disini

 

Tarikh : 3 Februari 2018
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta usahawan kecil. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran bertutur di depan khalayak umum serta dapat mempraktikkan kemahiran ini di depan khalayak umum.

 

Aktiviti 
  1. Peserta usahawan memperkenalkan produk perniagaan masing-masing di hadapan peserta yang lain dengan menggunakan persembahan slide Powerpoint atau laman web Facebook masing-masing

Gambar Disini