Tarikh : 19 Mac 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 
  1. Kelas ini disertai seramai 10 orang daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar tetapan yang ada di dalam Facebook supaya maklumat diri tidak sewenang-wenangnya dipaparkan.
Aktiviti 
      1. Pelajar diajar cara untuk menetapkan tetapan privasi akaun masing -masing supaya informasi diri sendiri tidak terlalu didedahkan di khalayak umum serta pelajar juga diberi pendedahan untuk tidak berkongsi atau share sesuatu post yang tidak pasti kesahihan maklumatnya. 

Gambar Disini

Tarikh : 4 Mac 2018
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 
  1. Kelas ini disertai seramai 6 orang daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam membuat ulangkaji mata pelajaran. Pelajar juga digalakkan menggunakan masa yang terluang serta kemudahan yang selesa di PI1M untuk mengulangkaji pelajaran
Aktiviti 
      1. Pelajar membuat latihan secara berkumpulan. Menggunakan pencarian di internet untuk menkaji atau mencari jawapan pada soalan-soalan yang telah diberikan

Gambar Disini

 

Tarikh : 25 Februari 2018
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 8 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar membuat pelbagai bentuk origami melalui pembelajaran di laman web Youtube dan untuk menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan

 

Aktiviti 
    1. Pelajar dikehendaki mencari bentuk origami yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat bentuk origami tersebut. Bermula dengan bentuk yang senang sehingga pelajar dikehendaki mencuba buat bentuk yang semakin sukar. Ketekunan dan fokus pelajar dapat dilihat dalam menyiapkan bentuk origami yang sukar dan mendapat kepuasan apabila berjaya mendapatkan bentuk origami yang diinginkan

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mac 2018
Masa : 4.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 
  1. Meningkatkan kemahiran bertutur pelajar di depan khalayak umum.
Aktiviti 
    1. Dalam kelas ini pelajar didedahkan dengan latihan pengucapan awam seperti mengajar kanak-kanak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mempraktikkan kemahiran bertutur di depan khalayak umum

Gambar Disini

 

Tarikh : 18 Februari 2018
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas ini adalah sambungan daripada Kelas Usahawan (Bisnes Online) yang diadakan pada hari yang sama. Modul seterusnya usahawan diajar cara untuk menghebahkan atau memasarkan produk masing-masing di dalam talian

 

Aktiviti 
    1. Dalam kelas ini usahawan diajar bagaimana cara untuk memuatnaik gambar produk di dalam aplikasi Dashboard Komuniti MyShop. Usahawan yang telah mendaftar menjadi ahli PI1M boleh menggunakan aplikasi ini untuk tujuan mempromosikan jualan produk. Usahawan juga diajar cara untuk menggunakan broadcast di aplikasi Whatssap

Gambar Disini