Tarikh : 21 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Mengajar cara untuk mengisi borang pendaftaran persekolahan anak secara online

Aktiviti 

Seramai 2 orang peserta surirumah yang ingin belajar mendaftarkan anak kemasukan darjah satu secara online. Peserta diajar mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan disamping dapat belajar kemahiran menaip.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Mac 2019
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 3 orang

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar untuk membaikpulih telefon pintar

Aktiviti 

Seramai 3 orang peserta terdiri daripada golongan dewasa yang telah menyertai kelas ini. Mereka diajar bagaimana untuk membaiki telefon pintar menggunakan kelengkapan yang disediakan. 

Gambar Disini

Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 8 orang

Tujuan 

Mengadakan latihan keusahawanan kepada Usahawan Pusat Internet iaitu Puan Ismailah Binti Dasuki dan juga hebahan advokasi kepada peserta.

Aktiviti 

Usahawan membuat demo masakan puding sagu melaka disamping mempelajari teknik pengucapan awam

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat akaun email dan juga akaun facebook

Aktiviti 

Peserta adalah seorang usahawan yang mengendalikan sebuah Homestay berhampiran dengan Pusat Internet. Beliau diajar satu persatu bagaimana untuk mendaftar akaun email baru dan juga facebook page untuk tujuan mempromosikan tempat penginapan beliau.

Gambar Disini

Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 12 orang

Tujuan 

Bengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet ini adalah latihan intensif untuk semua Pengurus Pusat Internet Kluster Sabak Bernam bertujuan untuk memanjangkan modul yang telah dikemaskini oleh SKMM dan dihebahkan kepada komuniti.

Aktiviti 

Mendedahkan modul Klik Dengan Bijak yang baru kepada semua pengurus serta aktiviti kuiz. Modul ini juga akan digunapakai untuk hebahan kepada komuniti setempat.

Gambar Disini