Tarikh : 8 Jun 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Mengajar apa itu internet banking kepada usahawan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf

Aktiviti 

Usahawan diajar apa itu internet banking dan belajar cara untuk membuat pembayaran secara online. Advokasi Klik Dengan Bijak juga didedahkan kepada usahawan supaya berhati-hati dengan penipuan kewangan di dalam talian.

Gambar Disini

Tarikh : 29 Mei 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 13 orang

Tujuan 

Membuat kelas tambahan ulangkaji pelajaran untuk pelajar tingkatan 5 dan advokasi Klik Dengan Bijak.

Aktiviti 

Seramai 3 orang pelajar tingkatan 5 yang menyertai kelas ini bagi bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran. Pelajar diajar menggunakan Ms Word untuk menyiapkan kertas kerja. Selepas itu pelajar diberi pendedahan Klik Dengan Bijak Buli Siber dan Tidak Pasti Jangan Kongsi

Gambar Disini

Tarikh : 11 Mei 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Mengajar Pengerusi Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf En Roestam A Sani Bin Misron selaku AJK Surau Tebuk Haji Yusuf membuat poster hebahan jadual program, moreh dan sahur Surau Tebuk Haji Yusuf.

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan mendedahkan pelbagai laman web untuk membina poster di dalam talian secara percuma. Pengerusi diajar bagaimana untuk mencari template yang sesuai untuk membina jadual dan menggunakan kemudahan tools yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Mei 2019
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 20 orang

Tujuan 

Mengajar Kelas Asas Pengenalan Komputer kepada murid dari Tadika Perpaduan Kekitaan Taman Berkat, Sungai Besar.

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan tayangan slide show peralatan komputer. Seterusnya sesi kuiz soalan diadakan untuk menguji tahap pengetahuan murid. Aktiviti seterusnya latihan kemahiran menggunakan mouse dengan membuat permainan dot-to-dot di laman web abcya.com

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mei 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 150 orang

Tujuan 

Mengetengahkan kemahiran pengucapan awam usahawan Pusat Internet.

Aktiviti 

Seramai 5 orang peserta yang menyertai kelas ini yang terdiri daripada golongan wanita. Mereka juga adalah usahawan kecil yang ingin belajar cara bercakap di hadapan umum untuk tujuan mempromosikan produk jualan mereka. Menggunakan tutorial solekan di laman web youtube sebagai rujukan. 

Gambar Disini