Tarikh : 21 September 2019
Masa : 10.00 am - 1.00 pm
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 4 orang

Tujuan 

Mendedahkan pelajar tentang virus komputer.

Aktiviti 

Memberi penerangan kepada pelajar tentang apa itu virus komputer dan langkah-langkah awal untuk mencegah virus daripada merosakkan sistem komputer. Pelajar juga diajar cara untuk scan virus pada USB flashdrive/pendrive menggunakan antivirus yang ada di dalam komputer. Selepas itu pelajar menjawab soalan kuiz mengenai virus komputer secara online.

Gambar Disini

Tarikh : 15 September 2019
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 

Mengajar pelajar membuat perancangan perbelanjaan harian.

Aktiviti 

Pelajar diajar membuat jadual, pengiraan perbelanjaan menggunakan aplikasi Ms Excel dengan menggunakan formula dan autosum. Selain itu, pelajar diajar untuk menukar font tulisan, warna tulisan dan cara menyimpan dokumen.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Mengajar usahawan mendaftar lesen perniagaan secara dalam talian

Aktiviti 

Usahawan diajar cara untuk memasukkan maklumat perniagaan yang berkaitan di dalam borang pendaftaran SSM di dalam talian

Gambar Disini

Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Mengajar pelajar cara untuk mencari imej dan mencetak hasil kerja.

Aktiviti 

Pelajar diajar mencari imej di google image search dan menggunakan aplikasi Paint untuk mengedit imej dan cetak hasil kerja.

Gambar Disini

Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Aktiviti kuiz silang kata untuk pelajar sekolah

Aktiviti 

Menjawab soalan-soalan silang kata berkaitan Hari Kebangsaan serta membuat advokasi promosi dan kesedaran Klik Dengan Bijak

Gambar Disini