Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan diedarkan bermula 8 Ogos 2024. Edaran percuma akan dimulakan di Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia Aras 9, Kompleks Kementerian Komunikasi di Putrajaya.
Manakala Pejabat Penerangan Negeri dan Daerah seluruh negara pula akan mula membuat edaran pada 13 Ogos 2024.
(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)