mysejahtera

Kemaskini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.19 untuk menggunakan MySejahtera Check-In!

MySejahtera Check-In merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Fungsi MySejahtera Check-In:

i. Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;

ii. Mengurangkan kesesakan pelawat;

iii. Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan

iv. Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak di salah gunakan.

Terima kasih kerana menjadi wira negara untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

Android

https://play.google.com/store/apps/details…

iOS

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Huawei

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketsha…/…/C101930603…
#COVID19
#KKM
#MAMPU
#MCMC
#MKN
#MySejahtera

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)