309712282 1177182139808220 4956583196198779975 n

Rakan strategik PUPUK iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bercadang menganjurkan sesi taklimat SPPP Siri 04/2022 kepada para usahawan di sekitar komuniti PEDi seperti berikut:

Tajuk Taklimat: Sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan PEDi
Tarikh Program: 26 Oktober 2022
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Pendaftaran: https://forms.office.com/r/hYN6XsLYri
Tempat: Microsoft Team link akan diberi kemudian

Program ini bertujuan untuk memberi Penerangan Berkenaan Pendaftaran Perniagaan SSM serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara dan juga penerangan berkenaan Kod QRSSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” kepada usahawan yang diberi secara PERCUMA.

Siapa yang wajib hadir?
-Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
-Peniaga atas talian dan media sosial
-Peniaga secara jualan langsung, dropshipper, agen insurans, agen penapis air dan sebagainya
-Pelajar IPT

Pihak tuan/puan (Usahawan) boleh mendaftar pengesahan kehadiran di pautan link ini https://forms.office.com/r/hYN6XsLYri
Pautan link program akan di email kepada tuan/puan seawal dua (2) hari sebelum acara berlangsung.

 

(Sumber : PI Kota Raja)

 

310092228 5590977020981973 5748105811955297859 n

Musim durian datang lagi:
 
Harga 1KG:
KAMPUNG A RM15
KAMPUNG AB RM10
SPACIAL KAMPUNG RM18
KAWIN MIX RM21
SUPER XO (D24) RM25
D101 RM28
HOLOR. RM28
UDANG MERAH RM28
MUSANG KING B RM35
MUSANG KING BC RM30
 
Macam-macam buah tempatan ada di sini.
 
Buka pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 malam. 
Lokasi masih sama, gerai buah tepi jalan berhadapan hentian bas Sungai Besar.
 

 

307153961 123676880448140 2554620185922201122 n

Antara produk-produk usahawan di bawah bimbingan Rakan Digital PEDi di sekitar Sabak Bernam.

Usahawan : Rakan Digital Tebuk Haji Yusuf

Produk : Rehal Ukiran Kayu Kaligrafi & pelbagai cenderahati ukiran kayu

Link Shopee : shopee.com.my/anisnino

Hubungi : 012-3360773

 

(Sumber : Rakan Digital Daerah Sabak Bernam)

 

296438234 10160052425756221 1161731999915016630 n

Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab [minima RM 21,432], berniat meniaga dan genap tempoh setahun perniagaan — ini merupakan syarat wajib zakat perniagaan ke atas pemilikan perniagaan anda.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang memenuhi syarat ini, ayuh sucikan harta perniagaan anda dengan berzakat bersama Lembaga Zakat Selangor.

 

(Sumber : Lembaga Zakat Selangor)