khamis sembuh

Terkini #covid19malaysia, 14 Mei
70 kes sembuh discaj dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan discaj adalah sebanyak 5,351 (bersamaan 78.47%).

Tahniah kepada barisan hadapan KKM kumpulan perubatan hinggalah pemandu ambulans. Terima kasih atas pengorbanan anda.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

khamis dunia

Kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia hari ini ialah 35.52% atau 1,540,464 kes, kenaikan sebanyak 0.66% berbanding semalam iaitu 34.86%.

Bagi kadar kematian dunia pada hari ini ialah 6.83% atau 296,252 kes, penurunan sebanyak 0.02% berbanding semalam 6.85%.

rabu patience

Apakah itu nilai R dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak?

R0 (R naught) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Ia merujuk kepada keberjangkitan, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Misalnya, jika nilai R adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.

Apabila wabak merebak, nilai R pada sela masa t1, t2, t3 (dan seterusnya) boleh menurun sekiranya langkah-langkah pencegahan yang tepat dijalankan secara berterusan di dalam masyarakat. Begitu juga, nilai ini boleh menaik semula sekiranya masyarakat alpa dan langkah pencegahan tidak diendahkan.

Menurunkan nilai R ke kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Sumber:Noor Hisham Abdullah

rabu norma petugas

Norma baharu petugas kesihatan.

 Sentiasa peka maklumat berkaitan COVID-19
 Amalkan jarak sosial apabila tidak merawat pesakit
 Pakai alat pelindung seperti yang disarankan
 Dapatkan penilaian kesihatan jika didapati tidak sihat atau mengesyaki terdedah kepada pesakit atau kontak pesakit COVID-19.