jumaat sembuh

Terkini #covid19malaysia, 15 Mei 2020
88 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,439 (bersamaan 79.34%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia berada dalam fasa penyembuhan.

Terima kasih atas pengorbanan anda.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

jumaat status

Terkini #covid19malaysia,
STATUS COVID-19 MALAYSIA 15 Mei 2020
Sebanyak 36 kes baharu telah dilaporkan, di mana 28 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes hari ini, hanya 1 kes import telah dilaporkan.

khamis model

Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini.

1. Graf dan garis biru menunjukkan pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)

2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.

3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

jumaat dunia

Lebih 4.4 juta telah dijangkiti #COVID19 dan menyebabkan lebih 302,000 kematian seluruh dunia.

AS, Rusia dan Brazil merekodkan peningkatan kes sangat ketara.

10 negara mencatat kes jangkitan melebihi 100,000.

Benua Antartika masih kekal tiada kes #COVID19 setakat ini.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

khamis status

STATUS COVID-19 MALAYSIA 14 Mei

Sebanyak 40 kes baharu telah dilaporkan, dan 31 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Tiada kes import dilaporkan pada hari ini.