tahniah

Menurut laporan CGTN (China Global TV Network), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang #COVID19, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pandemik ini.

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA )