Kafein merupakan sejenis perangsang yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi serta minuman koko. Sehubungan itu, sebatian ini dapat meningkatkan kepekaan seseorang serta berpotensi menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.
Walaupun tiada garis panduan khusus yang menyatakan jumlah kafein yang selamat kepada kanak-kanak, ibu bapa perlu mencegah kanak-kanak daripada mengambil minuman berkafein demi menjamin kesihatan mereka.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)