Tarikh : 15 Februari 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Kelas ini disertai seramai 5 orang peserta daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam membuat ulangkaji mata pelajaran. Pelajar juga digalakkan menggunakan masa yang terluang serta kemudahan yang selesa di PI1M untuk mengulangkaji pelajaran

 

Aktiviti 
    1. Pelajar membuat latihan secara berkumpulan. Menggunakan pencarian di internet untuk menkaji atau mencari jawapan pada soalan-soalan yang telah diberikan

Gambar Disini

 

Tarikh : 10 Februari 2018
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 9 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 9 orang peserta daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar membuat poster secara online untuk mempertingkatkan kemahiran dalam mereka cipta poster melalui internet. 

 

Aktiviti 
    1. Pelajar diajar menggunakan laman web poster online dan belajar menggunakan format dan tema yang tersedia ada mengikut arahan yang diberikan

Gambar Disini

 

Tarikh : 3 Februari 2018
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta usahawan kecil. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran bertutur di depan khalayak umum serta dapat mempraktikkan kemahiran ini di depan khalayak umum.

 

Aktiviti 
  1. Peserta usahawan memperkenalkan produk perniagaan masing-masing di hadapan peserta yang lain dengan menggunakan persembahan slide Powerpoint atau laman web Facebook masing-masing

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 4 Februari 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta dewasa. Tujuan kelas ini adalah untuk menguji kemahiran menaip dengan pantas menggunakan keyboard dan juga untuk memperbaiki kemahiran menaip para peserta.

 

Aktiviti 
    1. Para peserta dikehendaki menggunakan laman web menaip pantas dan diberikan masa selama 1 minit untuk menaip perkataaan-perkataan yang diberikan. Aktiviti ini diulangi berulangkali sehingga peserta berpuas hati mendapat kelajuan menaip yang diinginkan.

Gambar Disini

 

27073172 2109918049241136 2827910759041164366 n

Tarikh : 13 Januari 2018
Masa : 9.30 am - 1.00 pm
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 40 orang

 

 Tujuan 
    1. Pertandingan ini dibuat pada hari Majlis Perasmian PI1M Tebuk haji Yusuf dan dibuat secara terbuka disertai seramai 40 orang. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang telah menyertai kelas di PI1M Tebuk Haji Yusuf bagi menggunakan ilmu yang telah dipelajari dan dimanfaatkan ke dalam pertandingan ini.

 

 Aktiviti 
                1. Peserta diberikan kertas dan dikehendaki mewarnakan kertas tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Kelebihan aktiviti adalah untuk mencungkil bakat peserta dalam mewarna tidak kira golongan kanak-kanak mahupun golongan dewasa

 

Gambar Disini