flatening the curve

'Keluk Epidemik' atau satu chart statistik menggambarkan 'jumlah insiden kes mengikut waktu bermula tercetus jangkitan atau "frequency of cases over time beginning from outbreak".

"Meratakan kelukā€ pula merujuk kepada proses kawalan penularan virus SARS CoV-2 yang menyaksikan jumlah kes tersebar dan tidak melonjak secara mendadak atau tiba-tiba. Justeru ia membolihkan kemudahan-kemudahan kesihatan, hospital dan wad kecemasan tidak terlalu sesak sehingga tidak dapat menampung jumlah pesakit.

Dengan kata lain, apabila garisan graf makin cepat naik, maksudnya lagi ramai orang yang berjangkit pada masa singkat. Fasiliti rawatan seperti hospital, doktor, jururawat, mesin-mesin kesihatan, akan lebih banyak digunakan sehingga melebihi kapasiti yang ada. Ketika itu, akan ada pesakit yang mungkin tidak dapat menggunakan ventilator di ICU kerana tidak cukup fasiliti tersebut.

'Flattening the curve' atau melandaikan keluk dalam epidemiologi bermaksud satu konsep dan kaedah untuk memperlahankan perebakan jangkitan virus supaya dapat mengurangkan orang yang perlu dirawat dalam satu-satu masa. Ia bukan, secara literal, bermaksud bilangan kes baru akan menjadi kosong.

Adakah ia berkesan?

Ya, ia berkesan. Pada tahun 1918 di Philadelphia, beribu orang mati dalam 48 hingga 72 jam ketika itu akibat global pandemik juga yang dipanggil Selesema Sepanyol atau Spanish Flu. 16,000 orang mati dalam 6 bulan saja. Di satu bandar lain iaitu St. Louis, mereka cepat-cepat menggunakan strategi isolasi iaitu penjarakkan sosial, menggalakkan kebersihan individu, tutup sekolah, mengehadkan pergerakan keluar dan pelbagai lagi. Hasilnya, hanya 2,000 orang saja mati jika dibandingkan dengan Philadelphia.

Maksudnya St. Louis telah berjaya melandaikan keluk atau 'flattened the curve'.

Jadi buat warga Malaysia dan Selangor, itulah apa yang sedang kita lakukan sekarang iaitu berusaha melandaikan keluk supaya ia tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)

zakat fitrah

Ramadan ini tak perlu keluar rumah untuk membayar zakat fitrah. Bayar melalui https://fitrah.zakat.com.my/ .

Kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah RM5 dan RM7

(Sumber : Pusat Pungutan Zakat)

pkp 4

Pengorbanan rakyat membuahkan hasil dalam bendung wabak #COVID19 - PM Muhyiddin

Pelajar di kampus boleh pulang ke rumah masing-masing tidak lama lagi - PM Muhyiddin

Kepatuhan rakyat Malaysia kepada PKP dalam memerangi wabak COVID-19 adalah jihad - PM Muhyiddin

PKP akan dilanjutkan dua minggu lagi hingga 12 Mei - PM Muhyiddin

Kerajaan timbang benar satu kali perjalanan untuk rakyat terkandas di kampung balik ke rumah masing-masing - PM Muhyiddin

Kerajaan sedang mengumpul data mengatur pergerakan mereka yang berada di kampung yang mahu pulang ke rumah masing-masing - PM Muhyiddin

Pelajar-pelajar yang masih berada di kampus boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi - PM Muhyiddin

Orang ramai mungkin tidak boleh sambut Aidilfitri di seperti biasa -- PM Muhyiddin

Walaupun #PKP mungkin dilanjutkan lagi syarikat-syarikat dalam sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial - PM Muhyiddin

 #COVID19: 'Frontliners' perlu terus bertabah - PM Muhyiddin

(Sumber : BERNAMA)

 

waktu baru

Bagi menghormati sambutan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan selain memberikan peluang kepada umat Islam untuk pulang awal dan menyediakan juadah berbuka puasa, siaran langsung bagi perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia menerusi FB Live KKM akan diubah waktu siarannya kepada jam 4.30 petang. Harap maklum.

(Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)

smart hadith

Dapatkan koleksi hadis-hadis sahih secara mudah, pantas dan hanya dihujung jari.

Aplikasi SMART HADITH turut disediakan dalam teks berbahasa Arab, dengan terjemahan bahasa Melayu.

Muat turun aplikasi SMART HADITH sekarang melalui Google Play Store atau Apps Store!

Hasil usahasama @myjakim, MCMC juga pernah mengeluarkan aplikasi Smart Halal dan Smart Quran untuk rujukan yang sah kepada umat Islam seluruhnya.

#klikdenganbijak
#malaysiaictvolunteer
#COVID19
#DudukRumah
#JAKIM
#MCMC
#SmartHadith
#SmartQuran
#SmartHalal

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi &Multimedia Malaysia)