isnin lhdn

Kemuka dokumen sokongan hilang pekerjaan dalam rayuan BPN

Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan menerima aduan antara permohonan BPN yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1840320

#rayuanBPN
#BantuanPrihatinNasional

Sumber:BERNAMA