Ahli yang ingin ke kaunter untuk pengeluaran terpilih perlu membuat permohonan janji temu secara online sebelum hadir ke mana-mana cawangan KWSP terpilih. Selain itu, bagi memastikan ahli serta anggota kami kekal sihat dan selamat, jangan lupa untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 semasa mengunjungi kaunter KWSP nanti ya!
Kaedah alternatif, gunakan i-Akaun (Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian
(Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)