thycat

Kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar swasta beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata klinik terbabit hanya dibenarkan beroperasi berdasarkan temu janji dengan pelanggan.

"Ramai pencinta haiwan bertanya adakah klinik haiwan dibuka.

"Jadi kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar beroperasi tetapi perkhidmatan berdasarkan temu janji sahaja.

"Pemilik haiwan boleh menghubungi klinik veterinar berdekatan dengan lokasi tempat tinggal mereka untuk mendapatkan tarikh temu janji dahulu bagi elak kesesakan di klinik berkenaan," katanya.

#StaySafe #StayAtHome #Covid19 #breakthechain #animallover

(Sumber : BERNAMA)