ekitchen

Negeri Selangor memperkenalkan dua (2) platform e-dagang khas sempena Ramadan iaitu
GRAB Selangor; dan
Platform Selangor (PLATS).

Platform e-kitchen adalah bertujuan untuk membuka peluang usahawan Selangor berniaga secara online sepanjang bulan Ramadan ini.

E-kitchen akan menetapkan 𝐒𝐄𝐓 πŒπ€πŠπ€ππ€π dan diletakkan di 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π”πŒππ”π‹π€π bagi memudahkan proses penghantaran makanan kepada pelanggan. Set yang ditetapkan itu dapat menjimatkan kos penghantaran kepada pelanggan.

77 pusat pengumpulan (distribution centre) yang terdiri daripada 10 dewan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 67 restoran yang akan menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor.

Juadah tersebut akan dihantar oleh π‘π€πŠπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 seperti GRAB, Bungkus, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.

Kesemua pusat ini akan mematuhi penjarakan sosial dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga telah dipastikan mendapat suntikan pelalian typhoid seperti yang digariskan dalam SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PBT.

Konsep β€˜e-kitchen’ ini hanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dibuat di pusat pengumpulan tersebut dan sebarang bentuk pembelian secara β€˜Walk-in’ juga tidak dibenarkan.

Pendaftaran peniaga dan tempahan makanan boleh dibuat di http://www.plats.com.my/

Pesanan boleh dibuat bermula jam 10 malam hingga jam 1 tengah hari, sebelum penghantaran dilakukan jam 2 petang hingga 7 malam

Hantaran terdahulu:https://www.facebook.com/…/a.56501488054…/1102291993484193/…

#eKitchen
#Ramadan
#PakejRangsanganSelangorPrihatin
#DudukRumah
#Covid19

(Sumber: Media Selangor / TVAlhijrah)