atm

Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kini dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ramai orang memberi alasan ingin mengeluarkan wang di mesin ATM 24 jam untuk keluar dari rumah termasuk ketika lewat malam.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1833630

(Sumber : BERNAMA)