Demografi kes aktif masih sama seperti semalam kecuali Daerah Sepang di mana Mukim Dengkil tambah 1 kes aktif dan Mukim Labu pula bersih dari kes aktif.
Anda diingatkan untuk sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga bagi memastikan graf kes baru sentiasa landai. Namun jika anda ingkar, tidak mustahil kita akan mengalami situasi teruk seperti kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
Sumber: