ibu hamil

Ibu hamil dan ibu lepas bersalin boleh meneruskan pemeriksaan seperti yang dijadualkan. Ini kerana perkhidmatan kesihatan untuk ibu hamil dan ibu lepas bersalin masih berjalan seperti biasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

Hadirlah ke klinik mengikut temujanji yang telah ditetapkan. Jangan tangguh untuk temujanji bagi pemeriksaan pertama kali kehamilan.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga