pagi mlmPerger

Penderma darah tetap yang mempunyai buku merah boleh melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buku tersebut boleh ditunjukkan kepada pihak polis sekiranya melalui sekatan jalan raya.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengisi borang pendaftaran penderma darah secara dalam talian di https://regdonor.bbis.moh.gov.my/.

Borang yang siap diisi akan dihantarkan melalui e-mel dan seterusnya perlu dicetak (jika tiada pencetak pastikan screen shot dan boleh dibaca dengan jelas pada telefon bimbit)

Pusat Darah Negara menanti2 kedatangan penderma darah sekalian. Penderma boleh hadir ke :

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak :
Isnin - Jumaat : 7.30 am - 7 pm
Sabtu- Ahad : 7.30 am- 6 pm

2. PDN Donation Suite, Midvalley Megamall:
Dibuka setiap hari : 10 am - 5 pm

3. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10 Putrajaya:
Dibuka setiap hari : 9 am - 6 pm

4. Kempen kempen derma darah berdekatan

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 dinasihatkan untuk datang menderma darah 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐣𝐚𝐦 𝟗 𝐩𝐚𝐠𝐢.

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

#JomDermaDarah
#PKP
#DarahTakPernahCuti
#CegahCovid19