buangan klinikal

Sisa klinikal COVID-19 dari fasiliti kesihatan /pusat kuarantin yang diwartakan oleh Kerajaan dikategorikan sebagai buangan terjadual SW404 -buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantin.

Buangan tersebut perlu dikendalikan dan diurus mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Buangan klinikal COVID-19 dilupuskan di premis yang ditetapkan buangan terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#bahagianbahanberbahaya
#sisaklinikalSW404

(Sumber : Jabatan Alam Sekitar)