pasukan perubatan

Dari rumah ke rumah, Kerajaan Selangor datang untuk menyaring penduduk Hulu Langat bagi mengesan jangkitan COVID-19. Sehingga 12 April 2020, seramai 500 penduduk Hulu Langat telah berjaya disaring oleh 48 petugas sukarelawan Selcare Clinic.

Matlamat saringan ini adalah untuk mengesan lebih awal sesiapa yang positif COVID-19 sebelum ia menjadi lebih serius dan lebih dibimbangkan, sebelum ia merebak berjangkit kepada orang lain. Pasukan perubatan menerima reaksi positif daripada masyarakat memandangkan ia memberi kebaikan kepada penduduk.

#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)