status 17

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 17 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,251 kes dengan 56.50% telah sembuh bersamaan 2,967 pesakit dan 1.64% atau 86 kematian. 

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 69 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 201 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,967 kes

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 51 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 86 kes.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA )