ahaipos

MAKLUMAN TERKINI MENGENAI PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS(UMP)

Bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengoptimumkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) dengan caj penghantaran akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pada 5 April 2020 sehingga 30 Jun 2020.

Sepanjang tempoh ini pesakit boleh menggunakan perkhidmatan ini secara PERCUMA.

Pesakit boleh menghubungi pihak farmasi di fasiliti kesihatan untuk mendaftarkan perkhidmatan ini. Kriteria untuk menyertai perkhidmatan ini adalah seperti berikut:-
* ubat berbentuk dos tablet/kapsul
* ubat bukan jenis psikotropik
* ubat tidak memerlukan penyimpanan
khusus
* pesakit yang mendapat rawatan di fasiliti
kesihatan KKM

#StaySafe 

#StayAtHome 

#Covid19 

#kekaltenangdirumah

Sumber:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor