ahaidarah

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan rakyat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran. Roti boleh didapati di kedai, sebaliknya darah tidak boleh dihasilkan dengan sintetik. Satu-satunya cara untuk mendapatkan darah bagi pesakit adalah melalui pendermaan darah.

Walaupun terpaksa duduk rumah sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19, namun kita masih boleh membantu pesakit di hospital dengan menderma darah kita yang tidak ternilai ini.

Bagi anda yang berminat menganjurkan aktiviti derma darah kumpulan kecil, bolehlah menghubungi kami di talian 03-26132777. Penganjuran pendermaan darah secara komuniti juga akan dirancang dan dimaklumkan kemudian.

#BekerjaDariRumah
#COVID19
#MCMC
#PerintahKawalanPergerakan
#StayAtHome

Sumber:Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia