tip penyediaan makanan raya

Sepanjang bulan Syawal tahun 2019, KKM telah menerima
laporan 53 episod keracunan makanan melibatkan 1,995 kes.

Susulan itu, KKM menyarankan orang ramai supaya
mengamalkan lima (5) kunci keselamatan makanan bagi
memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga
yang tersayang adalah bersih dan selamat iaitu:

1. Amalkan kebersihan diri dan mencuci tangan dengan air
dan sabun sebelum mengendalikan makanan.

2. Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih.

3. Gunakan peralatan yang berasingan seperti papan
pemotong untuk makanan mentah dan yang telah
dimasak.

4. Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya
dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat (4) jam.

5. Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak
melebihi tiga (3) hari di dalam peti sejuk.

(Sumber : KKM)