Orang ramai diingatkan supaya patuh kepada 3S / 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:
• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang Sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang Sempit
(Confined space) dan elak Sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation).
• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan
sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup
hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika
bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang
lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elak bersalaman / bersentuhan;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Lakukan aktiviti disinfeksi;
- Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada
urusan penting sahaja;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
Sumber :KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA